Wednesday, May 21, 2008

GELENGGANG KECIL

GELENGGANG KECIL

screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open('http://www.ayurveda-herbal-remedy.com/gifs/cassia-tora.jpg');}" alt="" src="http://www.ayurveda-herbal-remedy.com/gifs/cassia-tora.jpg" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" border="0">

Nama botani: Cassia tora

Famili: Leguminosae.
nama lain: Gelenggang padang

Pengenalan

Khasiat dan kegunaan

Selain mengubati sakit telinga juga boleh melegakan bengkak-bengkak badan, sakit gigi dan ulser atau seriawan mulut. Herba ini juga berkhasiat mengurangkan suhu badan, melegakan sakit kaki, gout dan seliuh.
Sakit telinga, biji gelenggang kecil digoreng tanpa minyak atau digoreng bersama pasir terlebih dahulu. Selepas digoreng, biji gelenggang itu ditumbuk sehingga halus hingga mengeluarkan minyak sebelum ia disapu atau dititikkan ke dalam telinga.
Cara yang sama juga dilakukan bagi mengubati sakit gigi.
Bagi sakit ulser mulut, daun gelenggang kecil direbus dan kemudian dikumur-kumurkan.
Untuk mengurangkan suhu badan terutama ketika demam, air rebusan daun itu dilapkan ke seluruh badan.
Bagi sakit gout, bengkak-bengkak, terseliuh dan sakit kaki, daun gelenggang kecil perlu dipanaskan atau dilayur sebelum dituam ke bahagian berkenaan.

(Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap)

Herbs

KADUK/ SIRIH DUDUK









Nama botani: Piper sarmentosum Roxb.
Famili: Piperraceae

Pengenalan
Herba jenis memanjat yang terdapat di kawasan iklim panas.

Daunnya lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat.
Pokok herba menjalar ini banyak terdapat di China sehingga ke Borneo, Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Jawa. Hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.


Khasiat dan kegunaan

Ulam jenis sayur ini mungkin sudah begitu dikenali, terutama di kalangan orang Melayu yang menjadikannya sebagai perisa atau campuran gulai masak lemak dengan ikan bilis.
Menjadi pembuka selera apabila direbus atau dicelur dan dimakan bersama-sama sambal belacan.
Pucuk serta daun kaduk juga selalu dimakan mentah sebagai kerabu iaitu selepas ia diracik-racik halus. Air rebusan daunnya yang diminum berkhasiat untuk mengubati lemah-lemah, lenguh dan bisa badan di samping melegakan sakit tulang. Selepas menikmati kelazatan daun kaduk direbus bersama sambal belacan, air rebusannya pula boleh terus diminum begitu saja.
Untuk mendapatkan khasiat sebenarnya, pastikan anda tidak merebus terlalu lama, memadai sehingga ia menggelegak. Daunnya yang telah ditumbuk pula boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala dan ubat panau iaitu dengan menggosokkannya ke kulit yang dijangkiti

(Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin)

KANTAN









Nama botani: Phaeomeria speciosa Koord

Famili: Zingeberaceae

Pengenalan

Herba hidup semusim. Pokok herba monokot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah untuk jambak bunganya dengan menggunakan rizomnya untuk pembiakan.
Daun yang agak panjang dan juga rizom di dalam tanah manakala jambak bunganya besar dan mempunyai involuker braktea berwarna steril. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ia kelihatan cantik dan unik.
Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa utara. Laksa dan kantan sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Khasiat dan kegunaan
Bagi suku kaum Mandailing, bunga kantan menjadi ramuan terpenting untuk masakan pucuk ubi tumbuk yang digoreng bersama serai racik, ikan bilis dan terung rembang.
Ramuan untuk lauk asam pedas dan tomyam. Bau bunga kantan yang harum dan unik menjadikan masakan lebih menyelerakan. Selain bunga kantan, buahnya juga boleh digunakan sebagai perasa makanan, malah di sesetengah tempat buah kantan yang telah ranum juga dimakan begitu saja.
Kantan juga berkhasiat untuk mengubati sakit telinga dan membersihkan luka.

Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.
Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.
Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair. Bagi mencuci luka di badan, air rebusan daun kantan yang masih suam digunakan dengan melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

(Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin)

TERUNG TELUNJUK

Eggplant (Solanum melogena) (1566-0180405 / X06-303830)

Nama botani: Solanum melongena

Famili: Solanaceae

Pengenalan

Khasiat dan kegunaan

Setiap 100 gram yang dimakan, ia mengandungi 1.75g protein yang penting untuk membina tisu-tisu badan, 5.65g karbohidrat untuk menambah dan mengekalkan tenaga.
Selain itu, terdapat 18.4g vitamin C di samping 1.0g fiber atau serat yang diperlukan untuk penghadaman dan 15 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Terung telunjuk mengandungi 90ug karatenea beta untuk penjagaan mata atau penglihatan di samping zat fosforus (10mg), garam galian yang diperlukan oleh badan untuk metabolisma iaitu pengekalan fungsi badan.
Kandungan terung telunjuk juga mempunyai pelbagai khasiat.
Selain dijadikan ulam dan ramuan masakan daun dan buah malah akarnya boleh melegakan batuk, asma atau lelah, sakit gigi dan bengkak gusi.
Untuk mengubati batuk, buah terung muda perlu direbus dan air rebusannya diminum satu atau dua kali sehari sehingga menampakkan kesannya.
Air rebusan akar pokok terung telunjuk pula boleh mengurangkan sakit lelah atau asma.
Buahnya juga boleh dibakar dan dimakan begitu saja atau dijadikan ubat sapu untuk mengatasi masalah penyakit kulit. Air rebusan daun terung telunjuk pula boleh melegakan dan mengubati sakit gigi, bengkak gusi dan radang mulut. Rebus tiga empat helai daun terung telunjuk dalam dua gelas air selama 10 minit. Gunakan air rebusan itu untuk mencuci mulut dan berkumur.

(Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap)

LEMPOYANG

screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open('http://www.floridata.com/ref/Z/images/zing_ze2.jpg');}" alt="" src="http://www.floridata.com/ref/Z/images/zing_ze2.jpg" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" border="0">

Nama botani: Zingiber zerumbit.

Famili: Zingeberaceae

Pengenalan

Khasiat dan kegunaan
Ia paling popular sebagai bahan untuk dijadikan sebagai rebusan mandian wanita lepas bersalin.
Rebusan daun lempoyang memang telah terbukti malah diakui ramai dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada golongan wanita.
Bagaimanapun, dalam penyediaan air mandian wanita lepas bersalin, daun-daun herba lain turut dicampur dan direbus bersama untuk menambah khasiatnya.
Selain popular sebagai campuran rebusan air mandian, lempoyang juga boleh membantu mengatasi masalah kurang selera makan.
memberitahu, bahagian rizom atau muda dan daun lempoyang digunakan dalam perubatan tradisional. Rizom muda lempoyang dimakan sebagai ulam untuk meningkatkan selera makan.
Untuk mendapatkan kesan yang baik, sekali gus menyelesaikan masalah kurang selera makan, pengambilan rizom muda perlu dilakukan berterusan.
Rizom muda yang dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin mengekalkan awet muda.
Air rebusan rizom muda boleh pula membantu melegakan atau mengubati sakit perut.

(Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap)

URI / GETI

screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open('http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/ea/Sesbania_grandiflora_plant.jpg/450px-Sesbania_grandiflora_plant.jpg');}" alt="" src="http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/ea/Sesbania_grandiflora_plant.jpg/450px-Sesbania_grandiflora_plant.jpg" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" border="0">

Nama botani : Sesbania grandiflora

Famili: Lenguminasae
Pengenalan
Asalnya, pokok ini adalah tumbuhan yang meliar di hutan, namun disebabkan kecantikan banyak ditanam sebagai hiasan. Bunganya berwarna merah atau putih bergantung kepada spesies dan berbentuk seperti paruh burung. Buah dalam bentuk seperti kacang panjang yang mana ia meletup apabila masak. Pokok yang berasal dari Asia Tenggara ini berbatang lurus dan banyak dahan serta boleh mencapai tahap ketinggian tiga hingga lima meter.
Khasiat dan kegunaan
Dalam perubatan berasaskan herba, pucuk atau daun muda turi lebih banyak digunakan kerana dikenal pasti sebagai mempunyai khasiat. Mengikut kajian, setiap 100 gram daun muda yang dimakan, ia mengandungi 77.2g air, 8.4mg protein, 1.1g lemak, 9.7g karbohidrat, 1.8g serat dan 181mg kalsium. Selain itu, ia juga menyimpan 29mg fosforus, 0.3mg ferum, 23mg natrium, 356mg kalium, 0.6mg vitamin B1, 0.71mg vitamin B2 dan 11mg vitamin C serta 2.4mg niasin.
Kandungan zat-zat tertentu yang penting untuk pertumbuhan tulang dan tumbesaran dalam daun muda turi membuktikan bahawa herba ini mempunyai banyak khasiat dan kegunaan untuk manusia.
Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, masyarakat Melayu sebelum ini menjadikan daun dan bunga turi sebagai sayur atau ramuan masak gulai.
Rebusan akar pokok turi selalunya diminum untuk mengurangkan batuk dan membuang kahak.
Kulit muda batang pokok turi juga mempunyai khasiat tersendiri iaitu dengan meminum rebusannya.
Air rebusan kulit pokok turi boleh melegakan demam dan pening kepala.

PERIA

frames

Buah Peria Katak dijual di pasar.

Nama botani: Momordica charantia L.

Famili: Cucurbitaceae

Pengenalan

Ia banyak terdapat di kawasan tropika. Di Semenanjung Malaysia peria ditanam di sekitar rumah atau di kebun tetapi kadang-kadang hidup liar. Pokok peria memanjang menggunakan sulur paut manakala daunnya kecil dengan lima cuping telinga yang jelas sementara bunganya berwarna kuning.
Buah peria berbentuk meruncing di kedua-dua hujung dengan kulitnya berkedut-kedut dan berwarna hijau tua ketika masih muda. Selain dimasak, buah muda peria selalu dibuat jeruk manakala bunganya pula boleh digunakan sebagai perisa makanan.
Bagi mengurangkan rasa pahit, biasanya buah peria yang telah dihiris direndam terlebih dahulu dengan air garam. Peria mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan. Setiap 100 gram (g) peria mengandungi 0.8g protein untuk membina tisu-tisu badan, 2.9g karbohidrat untuk tenaga, 0.9g fiber untuk penghadaman dan 56 miligram (mg) kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang. Peria juga mengandungi 140ug karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1mg), fosforus (10mg) dan kalium (116mg). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan.
Khasiat dan kegunaan
Buah peria muda selalunya dijadikan sebagai tonik yang berkesan untuk membersihkan darah.
Amalan memakan peria bagus untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis di samping merawat batuk serta mengubati cirit-birit. Peria juga bertindak sebagai antiradang, menurunkan panas, menyegarkan badan dan mematikan cacing. Sama ada dimakan atau disapukan, buah peria boleh mematangkan bisul, menyuburkan rambut bayi dan menghilangkan parut luka.
Daun peria yang ditumbuk halus bersama-sama kunyit boleh dijadikan ubat sapu untuk menghilangkan gatal akibat campak. Air rebusan daunnya pula boleh mengatasi masalah susah membuang air besar. (Zainal Abidin, kurator muzium Negara).

TENGGEK BURUNG DAN AKAR MENGKUNYIT

TENGGEK BURUNG















Nama botani: Euodia redlevi

Famili: Rutaceae

Pengenalan

Tenggek burung merupakan sejenis ulam yang biasa dimakan oleh masyarakat melayu. Daunnya

mempunyai rasa yang agak kelat dan ianya rangup.

Khasiat dan kegunaan

Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat darah tinggi.

Ia boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan.

Untuk merawat darah tinggi 5-7 helai daunnya boleh dimakan sebagai ulam

setiap hari.Ia juga boleh melambatkan pengeluaran mani selain

dapat menyegarkan badan.

AKAR MENGKUNYIT















Nama botani: Coscinumm Blumeanum

Famili:

Pengenalan

Mengkunyit ialah sejenis tumbuhan liar yang biasa dijumpai di hutan dan belukar.Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang dapat tumbuh hingga mencapai ketinggian sepuluh kaki (dengan memanjat pada tumbuhan lain atau sokongan). Daunnya lebar dan panjang berukuran 7 x 20 cm. Terdapat dua jenis mengkunyit iaitu mengkunyit emas dan mengkunyit perak dibezakan oleh warna daunnya.

Khasiat dan kegunaan

Mengkunyit digunakan sebagai ubat resdung yang berkesan dalam perubatan tradisional melayu. Herba ini dapat menghilangkan gatal-gatal di muka, kulit kepala dan hidung, sering bersin dan hidung berair, berjerawat di muka, gatal-gatal di kuku kaki dan tangan. Ia juga mengandungi kesan antibiotik terhadap beberapa jenis bakteria dan kulat. Kandungan flavanoid yang tinggi dalam tumbuhan ini menyebabkan fungsinya bertindak sebagai anti oksida yang dapat mengeluarkan histemin dan zat-zat alergi yang lain.
Satu lagi kelebihan herba ini ialah membantu meningkatkan kadar vitamin C dalam tubuh yang melindungi kerosakan akibat radikal bebas dan menguatkan sendi.

TERUNG PIPIT

TERUNG PIPIT

frames

Nama botani: Solanum tarvum

Famili: Solanaceae

Pengenalan

Pokok renek yang tumbuh tegak hingga 3 meter tinggi, banyak cabang, duri pada batang

daun dan tangkai bunga. Daun ringkas bersusun selang seli.Bunga dalam jambak kecil,

bercabang mempunyai 50-100 bunga.Buah jenis beri, kecil berwarna hijau dan hijau muda.

Terung pipit gemarkan tanah yang lembap dan tidak terlalu basah.

Pembiakan melalui biji atau diasingkan bahagian tunas berakar.

Terung pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika

yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles.

Berdasarkan kajian terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak,

7.9% karbohidrat dan mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi,

banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin BI.

Terung pipit juga dikatakan mengandungi alkoloid jenis

steroid yang dikenali sebagai solasodin sebanyak 0.84%.

Steroid ini penting untuk menghasilkan pil perancang keluarga.

Khasiat dan kegunaan

Terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam.

Seluruh bahagian ditumbuk lumat cecairnya digunakan sebagai penawar bisa ular

dan gigitan serangga.Buah dimakan untuk melegakan sakit perut. Daun yang ditumbuk

lumat cecirnya disapi pada kulit terbakar.Akar yang ditumbuk lumat disapu pada

kulit pada kaki yang retak, tempat yang bengkak untuk hilangkan sakit dan

supaya darah dapat beredar dengan baik juga demam panas,pitam dan sawan.

DELIMA

DELIMA

Nama botani: Punica grantum

Buah Delima

Buah Delima yang dikenali sebagai “ Buah dari syurga ”,telah disebut dalam Al Quran sebagai salah satu buah yang boleh diperolehi di halaman syurga. Ianya turut diakui oleh pakar sains sebagai buah yang kaya dengan keunikan dan keistimewaan semulajadinya.Ianya dapat dinilai daripada kandungan anti-oksidanya yang tinggi membuatkan buah ini berbeza daripada yang lain.

Kandungan anti-oksida yang didapati didalam buah ini dikenali sebagai “Polyphenol” . Ia mempunyai 3x ganda kebaikan anti-oksida berbanding “Green Tea”. Keberkesanannya telah terbukti bagi membantu dalam memelihara kulit dari pencemaran oksida(bahan kimia,virus dan bakteria).

Salah satu bahan utama yang bertindak sebagai pelengkap kepada khasiat keseluruhan Buah Delima adalah dikenali sebagai Ellagic Acid. Fungsi utamanya adalah untuk memfokuskan kepada proses peneutralan radikal bebas yang berupaya membantu dalam melambatkan proses penuaan. Kandungannya yang diperkaya dengan Vitamin A, C, E dan Iron sangat baik untuk membantu merangsangkan fungsi sel kulit sihat, seterusnya membantu memberi kesegaran kepada kulit serta memastikan kulit sentiasa nampak cerah dan berseri bak delima.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

TIN /POKOK ARA

TIN /POKOK ARA

frames

Pengenalan

Pokok Ara ( ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.Genus ini termasuk satu spesies, Common fig (F. carica), yang menghasilkan buah perdagangan yang dipanggil "buah ara". Buah daripada banyak spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun tidak beberapa popular. Contoh-contoh pokok ara yang lain termasuk Pokok Bo dan subgenus banyan. Terdapat Pokok Ara Wild Willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi Wonderboom. Pokok ara boleh juga dibiakkan dengan mudah daripada keratan tunas.

Khasiat dan kegunaan

Jika dimakan yang kering (Tidak terlalu Banyak) terhindar dari bahan-bahan keracunan Melicinkan tekak dan dada , mencuci hati dan jantung m,embersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus. Jika dimakan masih basah menghilangkan penyakit buasir.Jika dimakan bersama buah pala sekiranya sebelum terminum/termakan racun pembunuh akan terselamat

Pokok Ara merupakan sumber yang baik untuk flavonoid dan polifenol. [1]. Apabila buah ara disukat untuk kandungan bahan antioksidanya, didapati bahawa 40 gram buah ara kering (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma. [2] Pokok Ara juga mengandungi kandungan serabut yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar