Saturday, August 30, 2008

Khasiat Lalang

Lalang

Imperata cylindrica atau nama tempatannya lalang merupakan sejenis tumbuhan liar yang terdapat banyak di kawasan tanah terbiar dan di tepi parit, di kebun-kebun dan juga tumbuh liar di tepi jalan. Sebenarnya lalang hanya menjadi tumbuhan yang di anggap pengacau dan tidak mempunyai faedah. Tetapi, menurut kajian yang dibuat, didapati lalang tidaklah seperti yang disangkakan bahkan mempunyai faedah yang banyak daripada segi perubatan dan kesihatan.

Sejak zaman berzaman, lalang yang hidup meliar telah digunakan sebagai ubatan yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Seluruh pokok dari akar, batang, daun sehinggalah bunganya mempunyai khasiat. Akarnya dapat digunakan untuk mengubati bengkak pada bahagian bawah usus yang menyebabkan pendarahan dan kesakitan semasa membuang air besar serta dapat meredakan rasa tidak selera perut akibat terlalu penuh atau angin tidak keluar. Akarnya juga boleh digunakan untuk meredakan batuk dengan dicampur bahan-bahan lain seperti madu dan daun pudina. Batang lalang boleh dijadikan tonik dan digunakan sebagai bahan pemulih untuk penyakit-penyakit dalaman serta dapat meningkatkan aliran air kencing dan mengatasi masalah jangkitan saluran kencing.

Lalang juga dapat digunakan untuk mengubati sakit lelah, sakit kuning, hidung berdarah, busung dan lenguh sendi. Daripada kajian terbaru yang dilakukan oleh ahli sains mendapati lalang boleh digunakan unuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi, mencegah pembengkakan otot ,mengurangkan demam serta boleh dijadikan sebagai anti-virus dan anti-kulat.

Wednesday, May 21, 2008

Mampukah kita memimpin seperti Abu Bakar As-Sidiq?

BismiLLAH, Assalamu'alaykum WarahmatuLLAH…

Firman Allah Taala : Surah Saba’, ayat ke 15, 'Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.'

Dalam Islam, kemajuan dan ketamadunan sesuatu bangsa diukur melalui peradaban dan akhlak yang mulia lagi terpuji walaupun dari segi teknologi bangsa tersebut, masih amat sederhana. Berbeza dengan pandangan orang bukan Islam yang meletakkan persoalan materialistic dan duniawi dijadikan ukuran tahap kemajuan dan ketamadunan. Walau akhlak dan moral bangsa mereka di tahap kehancuran. Apa guna kemajuan teknologi jika akhirnya kemajuan dan ketamadunan yang dilabel sebagai maju tersebut akhirnya dihancurkan oleh tangan-tangan yang tidak bermoral ?

Dalam proses mewujudkan bangsa dan masyarakat yang menjadi warga kepada negara yang aman makmur serta mendapat keampunan Allah, perlunya ada seorang pemimpin yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Yang dirinya menjadi suri teladan buat setiap masyarakat. Saidina Abu Bakar As Siddiq sewaktu menyampaikan pidatonya yang pertama selaku seorang khalifah, ada mengemukakan hal-hal yang mencerminkan sifat dan akhlak seorang pemimpin sejati. Antara bunyi pidato Saidina Abu Bakar As Siddiq berbunyi :

Wahai sekalian manusia, kamu telah sepakat memilihku sebagai khalifah untuk memimpinmu. Aku ini bukanlah yang terbaik di antara kamu, maka bila aku berlaku baik dalam melaksanakan tugasku, bantulah aku, tetapi bila aku bertindak salah, betulkanlah aku. Berlaku jujur adalah amanah, berlaku bohong adalah khianat. Siapa saja yang lemah di antaramu akan kuat bagiku sampai aku dapat mengembalikan hak-haknya, insya Allah. Siapa saja yang kuat di antaramu akan lemah berhadapan denganku sampai aku kembalikan hak orang lain yang dipegangnya, insya Allah. Taatlah kepadaku selama aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila aku tidak taat lagi kepada Allah dan Rasul-Nya, maka tidak ada kewajibanmu untuk taat kepadaku.

Dari pidato Saidina Abu Bakar di atas, kita mengungkai beberapa ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin.

1. Tawaduk.

Tawadhu bererti rendah hati, lawannya adalah riyak, sombong dan ujub. Walau Saidina Abu Bakar As Siddiq merupakan salah seorang sahabat utama Rasulullah SAW dan sudah dijamin syurga, namun dalam pidatonya, Abu Bakar tidak merasa sebagai orang yang paling baik. Kerana sedar bahawa sebagai seorang hamba dan makhluk ciptaan Allah, dia juga tidak sunyi dari memiliki sifat-sifat kelemahan makhluk. Maka pastinya untuk memimpin sesebuah umat, maka Abu Bakar perlu mempunyai teman yang mampu memberikan nasihat, mencetus idea-idea bernas, bahkan membuka hati dan minda untuk sebarang kritikan. Andainya sifat riya’, sombong dan ujub yang menjadi pakaiannya, mana mungkin dia mahu menerima idea bernas dari orang lain? Apatah lagi untuk menerima teguran dan kritikan. Jika sifat riyak, sombong dan ujub ini dikekalkan, akibat ialah si pemimpin akan memimpin dengan hawa nafsunya sendiri. Rakyat akan dijadikan hamba abdi. Pemimpin gilakan kekuasaan dan minta disanjung dan dipuji. Lebih malang, rakyat akan dipimpin untuk melalui jalan-jalan maksiat dan mengimarahkan program-program maksiat. Maka tidak hairan Allah berfirman dan Rasulullah mengisyaratkan, sifat riyak, sombong dan ujub menjadi penyebab utama manusia terjun ke dalam neraka. Tidak hina seseorang pemimpin memiliki sifat tawaduk. Kerana di situlah kasih sayang Allah ke atas manusia yang mempunyai peluang untuk berlaku riyak, sombong dan ujub, sebaliknya memilih jalan merendahkan diri dan hati demi merebut kasih sayang Allah. Kerana sedar diri, walau dirinya memimpin sesebuah bangsa, hatinya masih ingat bahawa dirinya adalah seorang hamba. Jika hamba berwatak hamba, tuannya akan sayang kepadanya. Tetapi jika tuan berwatak hamba, Allah akan sayang kepadanya. Bila Allah sayang kepadanya, tiada apa yang mampu menggugat dan menggusarkan dirinya.

2. Menjalin Kerjasama.

Dalam pidato Khalifah Abu Bakar tercermin juga akhlak seorang pemimpin yang harus dimiliki iaitu mengharapkan kerjasama dari semua pihak.

“maka bila aku berlaku baik dalam melaksanakan tugasku, bantulah aku”.

Ini bererti kerjasama yang harus dijalin antara pemimpin dengan rakyat adalah kerjasama dalam kebaikan dan taqwa sebagaimana yang ditentukan Allah Swt dalam firman-Nya: 'Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong dalam dosa dan permusuhan.' (QS 5:2).

Sehebat mana pun seseorang pemimpin, dia tidak akan mampu mentadbir sendirian tanpa barisan sahabat. Sejarah membuktikan, Rasulullah SAW telah menjalin kerjasama yang baik, mulai dari membangun masjid di Madinah hingga peperangan melawan orang-orang kafir, bahkan dalam suatu peperangan yang kemudian disebut dengan perang Khandak, Rasulullah menerima dan melaksanakan pendapat Salman Al Farisi untuk mengatur strategi perang dengan cara menggali parit.

3. Mengharap Kritikan dan Saranan

Seorang pemimpin, kerana kedudukannya yang tinggi dan tampak mulia di hadapan orang lain, iapun mendapat penghormatan dari kebanyakan orang. Dari sinilah banyak pemimpin tertipu dan merasa diri sudah berada di maqam terpuji sehingga ia tidak suka dengan kritikan dan saranan. Hal itu ternyata tidak berlaku bagi Khalifah Abu Bakar, maka sejak awal kepemimpinannya, ia minta agar setiap orang memberikan kritikan dan saranan dengan membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan, Abu Bakar berpidato dengan kalimat: “Bila aku bertindak salah, betulkanlah”.

Sikap seperti ini dilanjutkan oleh Saidina Umar bin Khattab ketika menjadi Khalifah. Pernah suatu ketika Umar mengeluarkan suatu arahan yang meskipun baik maksudnya tapi menyalahi situasi yang ada. Saidina Umar mendapat kritikan yang tajam dari seorang ibu yang sudah lanjut usia. Kritikan tersebut membuatkan Saidina Umar menarik kembali arahan tersebut. Arahan itu adalah larangan memberikan mahar atau mas kawin dalam jumlah yang banyak, kerana bila tradisi itu terus berkembang hal itu menyebabkan para pemuda yang kurang mampu menghadapi kesukaran untuk menikah.

4. Berkata dan Berbuat Yang Benar.

Khalifah Abu Bakar juga sangat menekankan kejujuran atau kebenaran dalam berkata maupun perbuatan. Bukan kerana “berlakon” bagi meraih simpati rakyat, tetapi atas sikap tanggungjawab memikul amanah dari Allah SWT. Manusia atau rakyat yang dipimpin seringkali tidak tahu atau tidak menyedari mereka sedang ditipu dan dikhianati oleh pemimpinnya melalui janji-janji manis seorang pemimpin. Dalam pidato saat pelantikannya sebagai khalifah, Abu Bakar menyatakan: “Berlaku jujur adalah amanah, berlaku bohong adalah khianat.”

Apabila seorang pemimpin memiliki kejujuran, maka ia akan dapat memimpin dengan tenang, kerana pendustaan akan membuat pelakunya menjadi tidak tenang. Gundah sebab takut pendustaan dan lakonannya diketahui oleh orang lain. Di samping itu, kejujuran akan membuat seorang pemimpin akan berusaha untuk terus mendidik dan mencurah ilmu bagi melahirkan rakyat yang berilmu. Pemimpin yang tidak jujur tidak ingin bila rakyatnya menguasai ilmu kerana penguasaan ilmu oleh rakyat menjadi perisai dari pembohongan seseorang pemimpin yang khianat.

5. Memenuhi Hak-Hak Rakyat.

Setiap pemimpin harus mampu memenuhi hak-hak rakyat yang dipimpinnya, bahkan bila hak-hak mereka dirampas oleh orang lain, maka seorang pemimpin itu wajib berusaha untuk mengembalikan kepadanya. Kerana itu bagi Khalifah Abu Bakar, tuntutan terhadap hak-hak rakyat akan selalu diusahakannya meskipun mereka adalah orang-orang yang lemah. Agar dengan pembelaan dari seorang pemimpin, yang lemah akan merasa seolah-olah mereka itu adalah orang yang kuat. Namun siapa saja yang memiliki kekuatan atau pengaruh yang besar bila mereka suka merampas hak orang lain, maka mereka dipandang sebagai orang yang lemah dan pemimpin wajib mengambil hak orang lain dari kekuasaannya. Akhlak pemimpin seperti ini tercermin dalam pidato Khalifah Abu Bakar yang menyatakan: “Siapa saja yang lemah di antaramu akan kuat bagiku sampai aku dapat mengembalikan hak-haknya, insya Allah”.

Akhlak yang seharusnya ada pada pemimpin tidak hanya menjadi kalimat-kalimat yang indah dalam pidato Khalifah Abu Bakar, tapi beliau buktikan hal itu dalam setiap tindakan yang ditempuhnya sebagai seorang pemimpin. Antara tindakannya adalah memerangi orang-orang kaya yang tidak mahu bayar zakat, kerana dari harta mereka terdapat hak-hak bagi orang yang miskin.

6. Memberantas Kezaliman.

Kezaliman merupakan sikap dan tindakan yang merugikan masyarakat dan meruntuhkan kekuatan suatu bangsa dan negara. Kerana itu, para pemimpin tidak boleh membiarkan kezaliman terus berlangsung. Seorang pemimpin bukan hanya tidak boleh bertindak zalim kepada rakyatnya, tapi justeru kezaliman yang dilakukan oleh orang lain kepada rakyatnya pun menjadi tanggungjawabnya untuk diberantas. Karenanya bagi Khalifah Abu Bakar, sekuat apapun atau sebesar apapun pengaruh pelaku kezaliman akan dianggap sebagai kecil dan lemah, dalam pidato yang mencerminkan akhlak seorang pemimpin, beliau berkata: “Siapa saja yang kuat diantaramu akan lemah berhadapan denganku sampai aku kembalikan hak orang lain yang dipegangnya, insya Allah”.

7. Menunjukkan Ketaatan Kepada Allah.

Pemimpin yang sejati adalah pemimpin yang mengarahkan rakyatnya untuk mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya. Oleh karena itu, iapun harus menunjukkan ketaatan yang sesungguhnya. Namun bila seorang pemimpin tidak menunjukkan ketaatannya kepada kepada Allah dan Rasul-Nya, maka rakyatpun tidak memiliki kewajiban untuk taat kepadanya. Dalam kaitan inilah, Khalifah Abu Bakar menyatakan dalam pidatonya: “Taatlah kepadaku selama aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila aku tidak taat lagi kepada Allah dan Rasul-Nya, maka tidak ada kewajibanmu untuk taat kepadaku”.

Dengan demikian, ketataan kepada pemimpin tidak bersifat mutlak sebagaimana mutlaknya ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, inilah diantara isyarat yang bisa kita tangkap dari firman Allah yang tidak menyebutkan kata taat saat menyebut ketataan kepada pemimpin (ulil amri) dalam firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya) dan ulil amri diantara kamu (QS 4:59)

Dari uraian di atas dapat kita simpulkan betapa penting bagi kita untuk memiliki pemimpin dengan akhlak yang mulia. Kerosakan moral dan kekacauan dengan berbagai krisis yang melanda negeri kita dan umat manusia di dunia ini kerana para pemimpin dalam tingkat negara dan dunia tidak memiliki akhlak seorang pemimpin yang ideal. Kerananya, saat kita memilih pemimpin dalam seluruh tingkatan di masyarakat jangan sampai memilih mereka yang tidak berakhlak mulia.

Apakah kita sudah memiliki sifat-sifat ini ? Andainya belum, segeralah kembali kepada Al Quran dan Sunnah. Perbaikilah diri sementara masih belum terlambat. Kepada para pemimpin di pelbagai peringkat, tidak kira pemimpin Negara, negeri, daerah mahupun pemimpin di Chat Room. Ingatlah bahawa jawatan yang anda sandang bukanlah suatu tiket untuk anda mengumpul harta dunia. Tetapi ianya merupakan suatu tanggung jawab yang meletakkan sebelah kaki mu di dalam syurga, manakala sebelah lagi kaki mu di neraka. Kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah demi menjamin keselamatan mu dan diri orang yang kamu pimpin.

Panah Makrifat

Amalan ini adalah salah satu dari Fazilat yang terkandung dalam Bismillah Enam, yang di panggil Panah Makrifat iaitu berfungsi menundukkan sesaorang.

Di lakukan amalan berikut sebelum memulakan perjalanan bertemu sesaorang:

  • Semasa masih berada di rumah, hazirkan wajah orang yang akan kita jumpai dihadapan kita.
  • Baca Bismillah Enam hembuskan kepada wajah yang kita hazirkan tadi.
  • Kemudian barulah melangkah untuk bertemu dengan orang tersebut.

Bismillah 6

Masturbation in Islam

Masturbation (for both men and women) is haraam (forbidden) in Islam based on the following evidence:

First from the Qur'aan:

Imam Shafi'i stated that masturbation is forbidden based on the following verses from the Qur'aan (interpretation of the meaning):

"And those who guard their chastity (i.e. private parts, from illegal sexual acts). Except from their wives or (the captives and slaves) that their right hands possess, - for them, they are free from blame. But whoever seeks beyond that, then those are the transgressors." 23.5-7 Here the verses are clear in forbidding all illegal sexual acts (including masturbation) except for the wives or that their right hand possess. And whoever seeks beyond that is the transgressor.

"And let those who find not the financial means for marriage keep themselves chaste, until Allah enriches them of His bounty." 24.33. This verse also clearly orders whoever does not have the financial means to marry to keep himself chaste and be patient in facing temptations (including masturbation) until Allah enriches them of His bounty.

Secondly, from the Sunnah of the Prophet (peace be upon him):

Abdullaah ibn Mas'ood said, "We were with the Prophet while we were young and had no wealth whatsoever. So Allah's Messenger said, "O young people! Whoever among you can marry, should marry, because it helps him lower his gaze and guard his modesty (i.e. his private parts from committing illegal sexual intercourse etc.), and whoever is not able to marry, should fast, as fasting diminishes his sexual power." Bukhari:5066. The hadeeth orders men who are not able to marry to fast despite the hardship encountered in doing so, and not to masturbate despite the ease with which it can be done.

There are additional evidences that can be cited to support this ruling on masturbation, but due to the limited space we will not go through them here. Allah knows what is best and most correct.

As for curing the habit of masturbation, we recommend the following suggestions:

1) The motive to seek a cure for this problem should be solely following Allah's orders and fearing His punishment.

2) A permanent and quick cure from this problem lies in marriage as soon as the person is able, as shown in the Prophet's hadeeth.

3) Keeping oneself busy with what is good for this world and the hereafter is essential in breaking this habit before it becomes second nature after which it is very difficult to rid oneself of it.

4) Lowering the gaze (from looking at forbidden things such as pictures, movies etc.) will help suppress the desire before it leads one to commit the haraam (forbidden). Allah orders men and women to lower their gaze as shown in the following two verses and in the Prophet's hadeeth (interpretations of the meanings):

"Tell the believing men to lower their gaze (from looking at forbidden things) and protect their private parts (from illegal sexual acts, etc.). That is purer for them. Verily, Allah is all-aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze (from looking at forbidden things) and protect their private parts (from illegal sexual acts, etc.)... " 24.30-31

Allah's messenger said: "Do not follow a casual (unintentional) look (at forbidden things) with another look." Al-Tirmidhi 2777. This is a general instruction by the Prophet to abstain from all that may sexually excite a person because it might lead him/her to commit the haraam (forbidden).

5) Using one's available leisure time in worshipping Allah and increasing religious knowledge.

6) Being cautious not to develop any of the medical symptoms that may result from masturbation such as weak eyesight, weak nervous system, and/or back pain. More importantly, feeling of guilt and anxiety that can be complicated by missing obligatory prayers because of the need to shower (ghusl) after every incidence of masturbation.

7) Avoiding the illusion that some youth have that masturbation is permissible because it prevents them from committing illegal sexual acts such as fornication or even homosexuality.

8) Strengthening one's willpower and avoiding spending time alone as recommended by the Prophet when he said "Do not spend the night alone" Ahmad 6919.

9) Following the Prophet's aforementioned hadeeth and fast when possible because fasting will temper one's sexual desire and keep it under control. However, one should not overreact and swear by Allah not to return to the act because if one does not honor one's promise, one would be facing the consequences of not living up to one's oath to Allah. Also, note that medication to diminish one's sexual desire is strictly prohibited because it might permanently affect one's sexual ability.

10) Trying to follow the Prophet's recommendation concerning the etiquette of getting ready for bed, such as reading well-known supplications, sleeping on the right side, and avoiding sleeping on the belly (the Prophet forbade sleeping on the belly).

11) Striving hard to be patient and chaste, because persistence will eventually, Allah willing, lead to attaining those qualities as second nature, as the Prophet explains in the following hadeeth: "Whoever seeks chastity Allah will make him chaste, and whoever seeks help from none but Allah, He will help him, and whoever is patient He will make it easy for him, and no one has ever been given anything better than patience." Bukhari:1469.

12) Repenting, asking forgiveness from Allah, doing good deeds, and not losing hope and feeling despair are all prerequisites to curing this problem. Note that losing hope is one of the major sins punishable by Allah.

13) Finally, Allah is the Most Merciful and He always responds to whoever calls on Him. So, asking for Allah's forgiveness will be accepted, by His will.

And Allah knows what is best and most correct

Lagi kisah Yakjuj dan Makjuj

Kewujudan dua makhluk Yakjuj dan Makjuj dalam al-Quran tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.



Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain
sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam
AS.Mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan
anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa
sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar
dari lokasi mereka.


Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran
menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan
mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa', ayat ke-96 dan 97.
Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:


"Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).
Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan
kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.
"Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami
memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding
antara mereka?'.


"Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku
terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan
(manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan
mereka. Berilah aku potongan-potongan besi'.


"Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak)
gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila
besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah
aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.


"Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat
melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada
Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan
menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar'."



Dalam ayat surah an-Anbiyaa' pula, Allah berfirman: "Hingga apabila
dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat
dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji
yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir.
(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah
dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim'."



Selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang
membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan
pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak
diterangkan nas.Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal
Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan
seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Ulama juga cenderung
mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah
berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut
Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari' iaitu timur dunia,"
katanya.


Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan
berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan
mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.
Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga
kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi
tembok dibina Zulkarnain itu.Tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan
tahun lalu adalah mengorek tembok.Allah akan mengizinkan tembok itu
runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya
kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.


Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh
Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka
bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga
tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. Nabi Isa AS
memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi
mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa
kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat
yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati.


Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor
burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila
pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk
benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

Herba dan kehebatannya

DARI Dukung Anak ke Derhaka Mertua, Sundal Malam ke Sedap Malam, Lempoyang Gajah ke Lidah Buaya, Sambung Nyawa, Tutup Bumi, Paku Tunjuk Langit, Mas Cotek, Pecah Beling dan banyak lagi – semuanya mungkin pernah menyentuh hidup kita dalam pelbagai cara.

Ia selalunya memberikan kelegaan segera dalam waktu-waktu kecemasan seperti luka ringan, sakit kepala, tergeliat, panas badan, patah tulang – tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Ada juga yang mengamalkannya untuk penjagaan diri agar cantik dipandang mata dan awet muda.

Pendek kata, herba dan rempah-ratus telah memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia sejak lama dulu – baik dalam konteks politik, hubungan cinta asmara, agama, kesihatan mahupun tahyul dan jampi serapah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan herba sebagai tanaman atau bahagian tumbuhan yang digunakan untuk bau, rasa atau bahan perubatannya.

Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK), Kementerian Kesihatan, Dr. Ramli Abd. Ghani berkata, produk perubatan herba merupakan suplemen (penokok) diet yang diambil oleh para pengguna untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.

‘‘Banyak herba yang telah digunakan sejak lama dahulu yang didakwa mempunyai manfaat dari segi kesihatannya. Ia disediakan dalam bentuk tablet, kapsul, serbuk, teh, ekstrak (pati) dan tanaman segar atau dikeringkan.

“Bagaimanapun, sesetengah daripadanya boleh mendatangkan masalah kesihatan, mungkin juga tidak berkesan dan boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain yang digunakan, mengakibatkan komplikasi,’’ ujar beliau.

Contohnya, bagi yang mengalami penyakit jantung atau koronari, beberapa ubat herba boleh menyebabkan komplikasi darah beku. Jadi, berhati-hatilah menggunakannya.

Herba sepatutnya mendatangkan kesan sampingan biasa seperti ketidakselesaan pada perut, mual dan pening yang ringan. Justeru, penting untuk merujuk doktor terlebih dahulu sebelum mengambil terapi herba.

Mengulas lanjut, herba mengandungi komponen aktif yang boleh memberikan kesan mencegah dan merawat penyakit.

Berdasarkan perangkaan WHO, sebanyak 80 peratus penduduk dunia masih bergantung kepada tanaman perubatan untuk keperluan penjagaan kesihatan mereka. Berdasarkan kajian pada 2004, 60 peratus rakyat negara ini menggunakan herba.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada 12 peratus (8,000) daripada spesies tanaman dunia yang mana 2,000 daripadanya dikatakan mempunyai nilai-nilai terapeutik dan perubatan yang tinggi.

Ditanya sama ada herba di Malaysia boleh dianggap terbaik di dunia, Dr. Ramli mengakui, potensinya sangat luas.

“Setakat ini kita belum lagi menjalankan kajian klinikal secara meluas ke atas manusia, hanya pada binatang. Misai kucing, pegaga dan kacip fatimah misalnya mempunyai khasiat yang memberangsangkan tetapi masih memerlukan kajian lanjut.

“Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Hospital Kuala Lumpur ke atas misai kucing tidak lama dulu, ia sangat berkesan untuk mengubati batu karang,’’ katanya.

Contoh lain, pokok Vitangor yang mana penyelidikannya dilakukan di Sarawak dengan kerjasama saintis Amerika Syarikat (AS) berkesan dalam rawatan HIV/AIDS. Kajian telah melepasi peringkat saringan ke atas binatang, fasa satu, dua dan tiga.

Ubat seterusnya akan didaftarkan apabila diyakini tidak mendatangkan kesan sampingan serius kepada orang ramai sebelum memasuki pasaran.

Mengambil kira potensinya yang luas, kerajaan mengambil pendekatan memperkenalkan PTK secara rasmi di negara ini. Akupunktur, urutan dan herba akan dibawa masuk ke tiga hospital perintis di seluruh negara, Ogos atau September ini.

Pendekatan serupa telah pun diterokai oleh negara-negara seperti Australia, United Kingdom (UK), AS dan Sipngapura.

“Negara-negara seperti China dan UK turut mempunyai kurikulum PTK yang diajar di universiti mereka seperti ayurveda. China yang terkenal dengan ginsengnya telah lama menggabungkan rawatan kemoterapi dengan herba dalam merawat penyakit kanser.

“Semua orang sedia maklum dengan kesan sampingan kemoterapi yang mengurangkan jumlah platelet dan sel darah merah selain keguguran rambut, rasa mual, loya dan sebagainya. Penggunaan herba membantu meningkatkan sistem imun pesakit sekali gus menambah kualiti hidup mereka.

“Perubatan moden masih lagi menjadi teras rawatan, PTK hanya satu sokongan. Selepas diserang strok misalnya, pesakit akan dirujuk bagi menjalani urutan sebagai satu rehabilitasi (pemulihan semula),’’ tambah Dr. Ramli.

Bagaimanapun, katanya, tidak salah jika pesakit mahu menggunakan rawatan herba sebagai pilihan pertama. Ia terpulang kepada kehendak masing-masing.

“Ada persepsi yang mengatakan perubatan alopati (moden) banyak mendatangkan kesan sampingan yang tidak diingini dan secara tidak langsung, ini memberikan nilai tambah kepada herba.

“Saya yakin, lebih banyak kajian akan dijalankan ke atas herba. Masa depannya sangat cerah. Apa yang penting, pengguna perlu tahu herba apa yang hendak digunakan, kena dapatkan maklumat daripada para doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu.

“Sekarang pun, semakin banyak doktor moden yang berminat dengan PTK seperti herba malah ada juga yang telah menjalani kursus,’’ demikian saranan Dr. Ramli.

Ditanya kenapa penggunaan herba tidak berapa digalakkan oleh doktor-doktor kepada para pesakit mereka malah ada yang menentangnya secara terang-terangan, Dr. Ramli menjelaskan, rata-rata doktor moden yang ada hanya memberikan tumpuan terhadap rawatan moden semasa di universiti.

“Tiada disentuh mengenai herba jadi pengetahuan mereka mengenainya adalah kurang. Di samping itu, mereka telah dilatih menggunakan bahan-bahan yang telah terbukti melalui ujian klinikal sahaja,’’ terangnya.

Beliau menarik perhatian, sebanyak 25 peratus daripada ubat-ubatan moden juga diperbuat berasaskan herba dalam bentuk ekstrak.

Sebelum menggunakan produk berasaskan herba berundinglah terlebih dahulu dengan doktor anda, jangan ambil dos yang berlebihan daripada saranan label dan gunakan herba hanya di bawah pengawasan profesional perubatan terlatih. Sekiranya anda sedang hamil atau menyusukan bayi, ambil langkah lebih berjaga-jaga.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan bolehlah menghubungi bahagian PTK di Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur menerusi talian 03-22798111 atau layari laman web: http://tcm.moh.gov.my

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN MADU

Bagi Anda yang ingin menurunkan berat badan, dapat meminum Madu di pagi hari dan ditambah 1 atau dua sudu makan sekitar jam 10 pagi; dengan cara ini Anda tidak akan terasa lapar pada siang hari karena energi masih cukup. Di malam hari Anda boleh minum dua sudu sebelum makan malam. Dengan pola diet ini nafsu makan Anda akan berkurang karena mayoritas tenaga disupplay oleh Madu, dengan demikian konsumsi makanan lainnya (yang menyebabkan kegemukan) dapat dielakkan atau dikurangkan.

Menurunkan kolesterol:

Dari kajian yang dilakukan oleh sejumlah ahli di Rusia, 75 % pasien dapat diturunkan kolesterolnya melalui terapi Madu dalam waktu 3 sampai 6 bulan.

Makanan Diet:

Madu adalah sumber tenaga dan kalori terutama dari gula sederhana (fruktosa), protein dan sedikit gula komplek. Dalam satu sendok Madu kurang lebih terkandung 65 kalori. Apabila kita minum dua sendok Madu dipagi hari, ini setara dengan +/- 130 kalori yang cukup untuk aktifitas 2-3 jam.

Madu Sebagai Pengganti Gula:

Madu adalah pemanis alami yang disediakan oleh Allah di alam untuk manusia. Komposisi Madu baik dari sisi mineral, asam-asam amino, protein dan vitamin yang terkandung didalamnya memiliki banyak kesamaan dengan bahan baku makanan yang kita gunakan sehari-hari. Jadi Madu sangat cocok untuk menggantikan gula sebagai pemanis pada bahan makanan ataupun minuman kita. Bahkan sebelum manusia modern mengenal gula seperti yang kita kenal sekarang, Madulah yang selalu dipakai sebagai bahan pemanis untuk makanan dan minuman bangsa-bangsa terdahulu. Penggantian gula dengan Madu juga merupakan solusi yang baik bagi yang hendak menghindari gula karena diabetes, kegemukan dlsb.

Karena tingkat kemanisan yang dikandung Madu lebih tinggi dari gula, maka kaedah umumnya ketika hendak menggantikan gula dengan Madu dalam suatu resepi makanan/minuman adalah menggunakan Madu hanya separuh dari yang diperlukan apabila menggunakan gula. Misalnya dalam satu resepi makanan disebutkan perlu menggunakan gula 2 sudu makan, maka apabila digunakan Madu hanya memerlukan 1 sudu . Kemudian dapat disesuaikan sampai tingkat kemanisan yang dikehendaki.