Sunday, April 13, 2008

Landak

  • Dikenali juga sebagai porcupine, terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti ‘babi berduri’.

  • Seekor landak matang disembelih ketika usia lapan hingga 12 bulan dan boleh menghasilkan kira-kira lapan kilogram (kg) daging. Panjang landak biasanya antara 63 hingga 80 sentimeter dengan berat antara lima kilogram (kg) hingga 20 kg.

  • Tempoh bunting landak raya betina adalah 16 minggu atau hampir 100 hari. Landak raya mampu membiak sehingga dua kali setahun. Haiwan bertulang belakang (vertebrata) ini melahirkan dan menyusukan anak mereka.

  • Landak raya mempunyai sehingga 30,000 duri. Setiap duri landak mempunyai “duri cangkut seni” boleh mencangkuk tubuh pemangsa yang cuba menyerangnya.

  • Landak raya liar mampu hidup 12 hingga 15 tahun, sementara landak yang dipelihara pula pernah direkodkan hidup sehingga 20 tahun.




  • Pengelasan saintifik
    Alam: Haiwan
    Filum: Kordata
    Subfilum: Vertebrat
    Kelas: Mamalia
    Order: Rodentia
    Famili: sila lihat di bawah

    [[{{{Ksubspesies}}}]]

    Famili: Erethizontidae
    Coendou
    Sphiggurus
    Erethizon
    Echinoprocta
    Chaetomys

    Famili: Hystricidae
    Atherurus
    Hystrix
    Thecurus
    Trichys



    No comments: