Wednesday, May 21, 2008

Herbs

KADUK/ SIRIH DUDUK









Nama botani: Piper sarmentosum Roxb.
Famili: Piperraceae

Pengenalan
Herba jenis memanjat yang terdapat di kawasan iklim panas.

Daunnya lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat.
Pokok herba menjalar ini banyak terdapat di China sehingga ke Borneo, Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Jawa. Hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.


Khasiat dan kegunaan

Ulam jenis sayur ini mungkin sudah begitu dikenali, terutama di kalangan orang Melayu yang menjadikannya sebagai perisa atau campuran gulai masak lemak dengan ikan bilis.
Menjadi pembuka selera apabila direbus atau dicelur dan dimakan bersama-sama sambal belacan.
Pucuk serta daun kaduk juga selalu dimakan mentah sebagai kerabu iaitu selepas ia diracik-racik halus. Air rebusan daunnya yang diminum berkhasiat untuk mengubati lemah-lemah, lenguh dan bisa badan di samping melegakan sakit tulang. Selepas menikmati kelazatan daun kaduk direbus bersama sambal belacan, air rebusannya pula boleh terus diminum begitu saja.
Untuk mendapatkan khasiat sebenarnya, pastikan anda tidak merebus terlalu lama, memadai sehingga ia menggelegak. Daunnya yang telah ditumbuk pula boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala dan ubat panau iaitu dengan menggosokkannya ke kulit yang dijangkiti

(Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin)

KANTAN









Nama botani: Phaeomeria speciosa Koord

Famili: Zingeberaceae

Pengenalan

Herba hidup semusim. Pokok herba monokot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah untuk jambak bunganya dengan menggunakan rizomnya untuk pembiakan.
Daun yang agak panjang dan juga rizom di dalam tanah manakala jambak bunganya besar dan mempunyai involuker braktea berwarna steril. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ia kelihatan cantik dan unik.
Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa utara. Laksa dan kantan sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Khasiat dan kegunaan
Bagi suku kaum Mandailing, bunga kantan menjadi ramuan terpenting untuk masakan pucuk ubi tumbuk yang digoreng bersama serai racik, ikan bilis dan terung rembang.
Ramuan untuk lauk asam pedas dan tomyam. Bau bunga kantan yang harum dan unik menjadikan masakan lebih menyelerakan. Selain bunga kantan, buahnya juga boleh digunakan sebagai perasa makanan, malah di sesetengah tempat buah kantan yang telah ranum juga dimakan begitu saja.
Kantan juga berkhasiat untuk mengubati sakit telinga dan membersihkan luka.

Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.
Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.
Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair. Bagi mencuci luka di badan, air rebusan daun kantan yang masih suam digunakan dengan melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

(Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin)

TERUNG TELUNJUK

Eggplant (Solanum melogena) (1566-0180405 / X06-303830)

Nama botani: Solanum melongena

Famili: Solanaceae

Pengenalan

Khasiat dan kegunaan

Setiap 100 gram yang dimakan, ia mengandungi 1.75g protein yang penting untuk membina tisu-tisu badan, 5.65g karbohidrat untuk menambah dan mengekalkan tenaga.
Selain itu, terdapat 18.4g vitamin C di samping 1.0g fiber atau serat yang diperlukan untuk penghadaman dan 15 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Terung telunjuk mengandungi 90ug karatenea beta untuk penjagaan mata atau penglihatan di samping zat fosforus (10mg), garam galian yang diperlukan oleh badan untuk metabolisma iaitu pengekalan fungsi badan.
Kandungan terung telunjuk juga mempunyai pelbagai khasiat.
Selain dijadikan ulam dan ramuan masakan daun dan buah malah akarnya boleh melegakan batuk, asma atau lelah, sakit gigi dan bengkak gusi.
Untuk mengubati batuk, buah terung muda perlu direbus dan air rebusannya diminum satu atau dua kali sehari sehingga menampakkan kesannya.
Air rebusan akar pokok terung telunjuk pula boleh mengurangkan sakit lelah atau asma.
Buahnya juga boleh dibakar dan dimakan begitu saja atau dijadikan ubat sapu untuk mengatasi masalah penyakit kulit. Air rebusan daun terung telunjuk pula boleh melegakan dan mengubati sakit gigi, bengkak gusi dan radang mulut. Rebus tiga empat helai daun terung telunjuk dalam dua gelas air selama 10 minit. Gunakan air rebusan itu untuk mencuci mulut dan berkumur.

(Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap)

LEMPOYANG

screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open('http://www.floridata.com/ref/Z/images/zing_ze2.jpg');}" alt="" src="http://www.floridata.com/ref/Z/images/zing_ze2.jpg" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" border="0">

Nama botani: Zingiber zerumbit.

Famili: Zingeberaceae

Pengenalan

Khasiat dan kegunaan
Ia paling popular sebagai bahan untuk dijadikan sebagai rebusan mandian wanita lepas bersalin.
Rebusan daun lempoyang memang telah terbukti malah diakui ramai dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada golongan wanita.
Bagaimanapun, dalam penyediaan air mandian wanita lepas bersalin, daun-daun herba lain turut dicampur dan direbus bersama untuk menambah khasiatnya.
Selain popular sebagai campuran rebusan air mandian, lempoyang juga boleh membantu mengatasi masalah kurang selera makan.
memberitahu, bahagian rizom atau muda dan daun lempoyang digunakan dalam perubatan tradisional. Rizom muda lempoyang dimakan sebagai ulam untuk meningkatkan selera makan.
Untuk mendapatkan kesan yang baik, sekali gus menyelesaikan masalah kurang selera makan, pengambilan rizom muda perlu dilakukan berterusan.
Rizom muda yang dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin mengekalkan awet muda.
Air rebusan rizom muda boleh pula membantu melegakan atau mengubati sakit perut.

(Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap)

No comments: