Kewujudan dua makhluk Yakjuj dan Makjuj dalam al-Quran tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.
Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain
sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam
AS.Mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan
anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa
sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar
dari lokasi mereka.
Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran
menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan
mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa', ayat ke-96 dan 97.
Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:
"Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).
Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan
kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.
"Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami
memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding
antara mereka?'.
"Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku
terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan
(manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan
mereka. Berilah aku potongan-potongan besi'.
"Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak)
gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila
besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah
aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.
"Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat
melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada
Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan
menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar'."
Dalam ayat surah an-Anbiyaa' pula, Allah berfirman: "Hingga apabila
dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat
dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji
yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir.
(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah
dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim'."
Selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang
membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan
pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak
diterangkan nas.Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal
Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan
seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Ulama juga cenderung
mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah
berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut
Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari' iaitu timur dunia,"
katanya.
Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan
berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan
mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.
Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga
kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi
tembok dibina Zulkarnain itu.Tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan
tahun lalu adalah mengorek tembok.Allah akan mengizinkan tembok itu
runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya
kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.
Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh
Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka
bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga
tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. Nabi Isa AS
memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi
mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa
kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat
yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati.
Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor
burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila
pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk
benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment